Abu al-Darda’ RA tidak pernah berbual tentang sesuatu melainkan beliau akan tersenyum

TEKS BAHASA ARAB

كان أبو الدرداء لا يحدث بحديث إلا تبسم فيه فقلت له: إني أخشى أن يحمقك الناس فقال: كان صلى الله عليه وسلم لا يحدث بحديث إلا تبسم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu al-Darda’ RA tidak pernah berbual tentang sesuatu melainkan beliau akan tersenyum. Saya luahkan padanya, saya risau jika orang ramai akan memperbodohkan kamu. Beliau menjawab, Nabi SAW tidak pernah berbual tentang sesuatu perkara, melainkan Baginda akan tersenyum.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis nombor 4239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم الدرداء رضي الله عنها، قالت: كان أبو الدرداء لا يحدث بحديث إلا تبسم فيه فقلت له: إني أخشى أن يحمقك الناس فقال: كان صلى الله عليه وسلم لا يحدث بحديث إلا تبسم. [حم، الضعيفة (4239)]

[Lemah] Daripada Ummu al-Darda’ RA, beliau menceritakan Abu al-Darda’ RA tidak pernah berbual tentang sesuatu melainkan beliau akan tersenyum. Saya luahkan padanya, saya risau jika orang ramai akan memperbodohkan kamu. Beliau menjawab: Nabi SAW tidak pernah berbual tentang sesuatu perkara, melainkan Baginda akan tersenyum. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4239]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.