Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عبدُ الرحمنِ بنِ عوفٍ يسمَّى الأمينُ في السماءِ.
Teks Bahasa Melayu
‘Abdurrahmān ibn ‘Awf digelar sebagai orang yang dipercayai di langit.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((عبد الرحمن بن عوف يسمى الأمين في السماء)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٨٦٩)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī ibn Abī Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Abdurrahmān ibn ‘Awf digelar sebagai orang yang dipercayai di langit. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3869]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman