Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak

TEKS BAHASA ARAB

إِنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ حَبْواً

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Sesungguhnya Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (kerana kekayaannya)”

STATUS

Maudhu’ (palsu)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Syeikh Ihsan bin Muhamad bin ’Ayis al-Utaibi,

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu al-Qayyim di dalam kitabnya Al-Manar Al-Munif, m/s 306.
  • Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Majmu’ah, ms1184.
  • Imam Ahmad di kitab Musnad, hadis no 24886.
  • Imam Al-Thabarani di kitab Al-Mu’jam, jilid 1, m/s 264.

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa hadis ini mungkar.
  • Imam Abu Hatim Al-Razi menyatakan perawi hadis ini yang bernama Umarah bin Zadzan tidak boleh dijadikan hujjah.
  • Imam Ibnu Jauzi menyatakan hadis ini palsu.
  • Imam al-Nasaie menyatakan hadis ini palsu.
  • Sheikh Syu’aib Al-Arnouth menyatakan hadis ini bathil dan mungkar.
RUJUKAN
MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil kerja pasukan sukarelawan Semakhadis.com untuk memasukkan hasil kajian Syeikh Ihsan Al-‘Utaibi terjemahan Ustaz Mustafar Suki. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat mereka. Aamiin! Ingin jadi sukarelawan semakhadis.com? Hubungi kami di admin@semakhadis.com

Mohon laporkan kepada kami (admin@semakhadis.com) jika terdapat sebarang kesilapan.