Munkar Dengan Lafaz: Dua Kaki

30/06/2024

minit bacaan



Abdullah Ibn Umm Maktum datang kepada Rasulullah SAW

Teks Bahasa Arab

أقبل ابن أم مكتوم وهو أعمى، وهو الذي أنزلت فيه: {عبس وتولى. أن جاءه الأعمى}، – وكان رجلاً من قريش – إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال له: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي، أنا كما تراني، قد كبرت سني، ورق عظمي، وذهب بصري، ولي قائد لا يلاومني قياده إياي؛ فهل تجد لي من رخصة أصلي في بيتي الصلوات؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هل تسمع المؤذن من البيت الذي أنت فيه؟ فقال: نعم يا رسول الله! قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما أجد لك من رخصة، ولو يعلم هَذَا الْمُتَخَلِّفُ عَنِ الصَّلاةِ فِي الْجَمَاعَةِ مَا لِهَذَا الْمَاشِي إِلَيْهَا لأَتَاهَا، وَلَوْ حَبْوًا عَلَى يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Abdullah Ibn Ummu Maktum datang kepada Rasulullah SAW - beliau merupakan seorang yang buta yang diturunkan ayat al-Qur’an (Dia bermasam muka dan berpaling, apabila datang kepadanya si buta) (Surah ‘Abasa 1-2) disebabkannya dan beliau juga merupakan seseorang daripada kalangan Quraisy-, beliau berkata kepada baginda SAW: Wahai Rasulullah! Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, aku seperti mana yang kamu lihat, telah lanjut usiaku, reput tulangku, hilang penglihatanku, dan bagiku penuntunku yang tidak mencelaku cara tuntunannya, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku? Rasulullah SAW menjawab: Adakah kamu mendengar azan dari rumah kamu? Dia menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda berkata: Aku tidak mendapati keringanan untukmu. Sekiranya orang yang tidak menunaikan solat berjemaah mengetahui apa yang didapati oleh orang yang berjalan menuju kepadanya (solat berjemaah) nescaya dia akan datang walaupun dalam keadaan merangkak dengan kedua tangan dan kakinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Lafaz: Dua Kaki

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1961, hadis no. 9811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ الرجلين) عن أبي أمامة قال: أقبل ابن أم مكتوم وهو أعمى، وهو الذي أنزلت فيه: {عبس وتولى. أن جاءه الأعمى}، – وكان رجلا من قريش – إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال له: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي، أنا كما تراني، قد كبرت سني، ورق عظمي، وذهب بصري، ولي قائد لا يلاومني قياده إياي؛ فهل تجد لي من رخصة أصلي في بيتي الصلوات؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هل تسمع المؤذن من البيت الذي أنت فيه؟ فقال: نعم يا رسول الله! قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما أجد لك من رخصة، ولو يعلم هذا المتخلف عن الصلاة في الجماعة ما لهذا الماشي إليها لأتاها، ولو حبوا على يديه ورجليه. [طب، ((الضعيفة)) (6722)]

(Munkar dengan lafaz: Dua kaki) Daripada Abu Umamah, beliau berkata: Abdullah Ibn Ummu Maktum datang kepada Rasulullah SAW - beliau merupakan seorang yang buta yang diturunkan ayat al-Qur’an (Dia bermasam muka dan berpaling, apabila datang kepadanya si buta) (Surah ‘Abasa 1-2) disebabkannya dan beliau juga merupakan seseorang daripada kalangan Quraisy-, beliau berkata kepada baginda SAW: Wahai Rasulullah! Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, aku seperti mana yang kamu lihat, telah lanjut usiaku, reput tulangku, hilang penglihatanku, dan bagiku penuntunku yang tidak mencelaku cara tuntunannya, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku? Rasulullah SAW menjawab: Adakah kamu mendengar azan dari rumah kamu? Dia menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda berkata: Aku tidak mendapati keringanan untukmu. Sekiranya orang yang tidak menunaikan solat berjemaah mengetahui apa yang didapati oleh orang yang berjalan menuju kepadanya (solat berjemaah) nescaya dia akan datang walaupun dalam keadaan merangkak dengan kedua tangan dan kakinya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6722]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.