‘Abdullah ibn ‘Umar merupakan sebahagian daripada rombongan ar-Rahmān

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عبد الله بن عمر من وفد الرحمن، وعمار بن ياسر من السابقين، والمقداد بن الأسود من المجتهدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Abdullah ibn ‘Umar merupakan sebahagian daripada rombongan ar-Rahmān, ‘Ammār bin Yāsir merupakan sebahagian daripada orang-orang terdahulu, al-Miqdād bin al-Aswad merupakan sebahagian daripada golongan yang berijtihad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis nombor 9296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عبدالله بن عمر من وفد الرحمن، وعمار بن ياسر من السابقين، والمقداد بن الأسود من المجتهدين)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٨٧٠)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Abdullah ibn ‘Umar merupakan sebahagian daripada rombongan ar-Rahmān, ‘Ammār bin Yāsir merupakan sebahagian daripada orang-orang terdahulu, al-Miqdād bin al-Aswad merupakan sebahagian daripada golongan yang berijtihad. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3870]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.