Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عبدُ اللهِ بنُ عمرَ منْ وفدِ الرحمنِ، وعمارُ بنُ ياسرٍ منَ السابقِينَ، والمقدادُ بنُ الأسودِ منَ المجتهدِينَ.
Teks Bahasa Melayu
‘Abdullah ibn ‘Umar merupakan sebahagian daripada rombongan ar-Rahmān, ‘Ammār bin Yāsir merupakan sebahagian daripada orang-orang terdahulu, al-Miqdād bin al-Aswad merupakan sebahagian daripada golongan yang berijtihad.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عبدالله بن عمر من وفد الرحمن، وعمار بن ياسر من السابقين، والمقداد بن الأسود من المجتهدين)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٨٧٠)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Abdullah ibn ‘Umar merupakan sebahagian daripada rombongan ar-Rahmān, ‘Ammār bin Yāsir merupakan sebahagian daripada orang-orang terdahulu, al-Miqdād bin al-Aswad merupakan sebahagian daripada golongan yang berijtihad. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3870]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman