Abdullah bin Safwan bersama seorang individu lagi datang menemui ‘Aishah

TEKS BAHASA ARAB

إن عبد الله بن صفوان أتى عائشة وآخر معه ، فقالت عائشة ، لأحدهما: أسمعت حديث حفصة يا فلان؟ قال: نعم يا أم المؤمنين، فقال لها عبد الله بن صفوان: وما ذاك يا أم المؤمنين ؟ قالت: خلال لي تسع لم تكن لأحد من النساء قبلي إلا ما آتى الله – عز وجل – مريم بنت عمران، والله ما أقول هذا أني أفخر على أحد من صواحباتي، فقال لها عبد الله بن صفوان: وما هن يا أم المؤمنين؟ قالت: ((جاء الملك بصورتي إلى رسول الله – صلى الله عليه وآله وسلم – فتزوجني رسول الله – صلى الله عليه وآله وسلم – وأنا ابنة سبع سنين، وأهديت إليه وأنا ابنة تسع سنين، وتزوجني بكرا لم يكن في أحد من الناس، وكان يأتيه الوحي وأنا وهو في لحاف واحد، وكنت من أحب الناس إليه، ونزل في آيات من القرآن كادت الأمة تهلك فيها، ورأيت جبريل – عليه الصلاة والسلام – ولم يره أحد من نسائه غيري، وقبض في بيتي لم يله أحد غير الملك إلا أنا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abdullah bin Safwan bersama seorang individu lagi datang menemui ‘Aishah. ‘Aishah bertanya kepada salah seorangnya: “Adakah engkau pernah mendengar hadis Hafsah wahai fulan? Dia menjawab: Ya, wahai Ummu al-Mukminin.” Abdullah bin Safwan bertanya kepada ‘Aisyah: “Berkenaan apa itu Ummu al-Mukminin?” ‘Aishah menjawab: “Sewaktu aku berumur sembilan tahun, berlaku peristiwa baik kepadaku. Peristiwa baik ini tidak pernah berlaku kepada sesiapapun dalam kalangan wanita sebelumku kecuali Maryam binti Imran. Demi Allah, aku tidak katakan bahawa aku berbangga ke atas sahabat–sahabatku yang lain.” Abdullah bin Safwan pun bertanya: “Peristiwa apa itu Ummu Mukminin?” ‘Aishah menjawab: “Telah datang seorang malaikat membawa gambarku kepada Rasulullah. Maka baginda mengahwiniku sewaktu aku berumur tujuh tahun. Kemudian ketika aku berumur sembilan tahun, aku diserahkan kepada baginda. Aku satu-satunya anak dara yang pernah dinikahinya. Pernah turunnya wahyu ketika aku dan baginda berada di dalam satu selimut. Aku adalah antara orang yang paling dicintainya. Pernah turun satu ayat daripada al-Quran yang memberi isyarat bahawa umat ini akan hancur. Aku juga pernah melihat Jibril AS sedangkan tiada isteri baginda yang lain pernah melihatnya. Baginda juga wafat ketika berada di rumahku; Tidak ada seseorang yang berada di sebelahnya selain malaikat melainkan aku.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1868, hadis nombor 9420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن الضحاك، قال: إن عبد الله بن صفوان أتى عائشة وآخر معه ، فقالت عائشة ، لأحدهما: أسمعت حديث حفصة يا فلان؟ قال: نعم يا أم المؤمنين، فقال لها عبد الله بن صفوان: وما ذاك يا أم المؤمنين ؟ قالت: خلال لي تسع لم تكن لأحد من النساء قبلي إلا ما آتى الله – عز وجل – مريم بنت عمران، والله ما أقول هذا أني أفخر على أحد من صواحباتي، فقال لها عبد الله بن صفوان: وما هن يا أم المؤمنين؟ قالت: ((جاء الملك بصورتي إلى رسول الله – صلى الله عليه وآله وسلم – فتزوجني رسول الله – صلى الله عليه وآله وسلم – وأنا ابنة سبع سنين، وأهديت إليه وأنا ابنة تسع سنين، وتزوجني بكرا لم يكن في أحد من الناس، وكان يأتيه الوحي وأنا وهو في لحاف واحد، وكنت من أحب الناس إليه، ونزل في آيات من القرآن كادت الأمة تهلك فيها، ورأيت جبريل – عليه الصلاة والسلام – ولم يره أحد من نسائه غيري، وقبض في بيتي لم يله أحد غير الملك إلا أنا)). [ك، ((الضعيفة)) (4970)]

(Munkar): Daripada Abd al-Rahman bin al-Dahhak berkata: Abdullah bin Safwan bersama seorang individu lagi datang menemui ‘Aishah. ‘Aishah bertanya kepada salah seorangnya: “Adakah engkau pernah mendengar hadis Hafsah wahai fulan? Dia menjawab: Ya, wahai Ummu al-Mukminin.” Abdullah bin Safwan bertanya kepada ‘Aisyah: “Berkenaan apa itu Ummu al-Mukminin?” ‘Aishah menjawab: “Sewaktu aku berumur sembilan tahun, berlaku peristiwa baik kepadaku. Peristiwa baik ini tidak pernah berlaku kepada sesiapapun dalam kalangan wanita sebelumku kecuali Maryam binti Imran. Demi Allah, aku tidak katakan bahawa aku berbangga ke atas sahabat–sahabatku yang lain.” Abdullah bin Safwan pun bertanya: “Peristiwa apa itu Ummu Mukminin?” ‘Aishah menjawab: “Telah datang seorang malaikat membawa gambarku kepada Rasulullah. Maka baginda mengahwiniku sewaktu aku berumur tujuh tahun. Kemudian ketika aku berumur sembilan tahun, aku diserahkan kepada baginda. Aku satu-satunya anak dara yang pernah dinikahinya. Pernah turunnya wahyu ketika aku dan baginda berada di dalam satu selimut. Aku adalah antara orang yang paling dicintainya. Pernah turun satu ayat daripada al-Quran yang memberi isyarat bahawa umat ini akan hancur. Aku juga pernah melihat Jibril AS sedangkan tiada isteri baginda yang lain pernah melihatnya. Baginda juga wafat ketika berada di rumahku; Tidak ada seseorang yang berada di sebelahnya selain malaikat melainkan aku.” [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs