Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أسلمتْ عبدُ القيسِ طوعًا، وأسلمَ الناسُ كُرهًا، فباركَ اللهُ في عبدِ القيسِ وموالي عبدِ القيسِ.
Teks Bahasa Melayu
Abdul Qais menerima Islam secara sukarela, orang lain menerimanya secara paksa. Moga Allah SWT memberkati Abdul Qais dan hamba-hambanya.
Sahabat Perawi
- Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis no. 9154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سليمان بن نافع العبدي - بحلب -، قال: قال لي أبي: وفد المنذر بن ساوى من البحرين فذكر قدومه مع وفد عبد القيس، وفيه: فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: أسلم عبد القيس طوعا، وأسلم الناس كرها، فبارك الله في عبد القيس وموالي عبد القيس. [إبن راهويه، ((الضعيفة)) (2770)]
(Lemah) Daripada Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdi (dari Aleppo) berkata: Ayah aku berkata: Al-Munzir bin Sawa tiba dari Bahrain, dia menyebut ketibaannya bersama ketibaan Abdul Qais. Nabi SAW bersabda kepada mereka: Abdul Qais menerima Islam secara sukarela, orang lain menerimanya secara paksa. Moga Allah SWT memberkati Abdul Qais dan hamba-hambanya. [Riwayat Ibn Rahawaih. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2770]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman