Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Melayu
(Rombongan) Abdul Qais memeluk Islam secara sukarela, sedangkan orang lain memeluk Islam secara terpaksa. Semoga Allah memberkati (rombongan) Abdul Qais dan semua yang berwalikan Abdul Qais.
Sahabat Perawi
- Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdiy
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 986, hadis no. 5082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
5082-62- (ضعيف) عن سليمان بن نافع العبدي - بحلب -، قال: قال لي أبي: وفد المنذر بن ساوى من البحرين فذكر قدومه مع وفد عبد القيس، وفيه: فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: أسلمتْ عبد القيس طوعا، وأسلم الناس كرها، فبارك الله في عبد القيس وموالي عبد القيس. [ابن راهويه، ((الضعيفة)) (2770)]
(Lemah) Daripada Sulaiman bin Nafi’ al-‘Abdiy di Halab (Syria), beliau berkata: ayahku berkata kepadaku: al-Munzir bin Sawa datang rombongan dari al-Bahrain. Lalu dia menceritakan ketibaannya bersama rombongan Abdul Qais, dan dalam ceritanya: lalu Nabi SAW bersabda kepada mereka: (Rombongan) Abdul Qais memeluk Islam secara sukarela, sedangkan orang lain memeluk Islam secara terpaksa. Semoga Allah memberkati (rombongan) Abdul Qais dan semua yang berwalikan Abdul Qais. [Riwayat Ibn Rahawayh dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2770]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman