Abaikanlah kami kerana sesungguhnya peperangan itu adalah satu helah

TEKS BAHASA ARAB

خذل عنا فإن الحرب خدعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abaikanlah kami kerana sesungguhnya peperangan itu adalah satu helah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 992-993, hadis nombor 5112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن نعيم بن مسعود الأشجعي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خذل عنا فإن الحرب خدعة. [الطبري في تهذيب الآثار، أبو عوانة، فر، الضعيفة (3777)].

(Sangat lemah) Daripada Nu’aim bin Mas’ud al-Asyja’i RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Abaikanlah kami kerana sesungguhnya peperangan itu adalah satu helah. [Riwayat al-Tabari dalam Tahdzib al-Athar, Abu 'Awanah, dan al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3777].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs