99 nama Allah SWT terdapat dalam al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله تسعة وتسعين اسما، كلهن في القرآن، من أحصاها دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, kesemuanya terdapat dalam al-Qur’an, sesiapa yang menghitungnya pasti masuk syurga.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis nombor 7270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن لله تسعة وتسعين اسما، كلهن في القرآن، من أحصاها دخل الجنة.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (2223)]

(Sangat munkar)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, kesemuanya terdapat dalam al-Qur’an, sesiapa yang menghitungnya pasti masuk syurga.
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2223]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.