Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ تسعةً وتسعينَ اسمًا، كُلُّهُنَّ في القرانِ، مَنْ أحصاها دخل الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, kesemuanya terdapat dalam al-Qur'an, sesiapa yang menghitungnya pasti masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis no. 7270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama, kesemuanya terdapat dalam al-Qur'an, sesiapa yang menghitungnya pasti masuk syurga. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2223]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman