TEKS BAHASA ARAB
تسعة أعشار الرزق في التجارة، والجزء الباقي في السابياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
9 per 10 rezeki adalah dalam perniagaan, bahagian yang berbaki adalah pada pengembalaan kambing.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن نعيم بن عبد الرحمن الأزدي يرفعه: ((تسعة أعشار الرزق في التجارة، والجزء الباقي في السابياء)). [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (3402)].
(Lemah)
Daripada Nu’aim bin Abd al-Rahman al-Azdi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((9 per 10 rezeki adalah dalam perniagaan, bahagian yang berbaki adalah pada pengembalaan kambing)).
[Riwayat Abu Ubaid dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3402].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.