Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تسعةُ أعشارِ الرِّزقِ في التِّجارةِ، والجزءُ الباقي في السَّابياءِ.
Teks Bahasa Melayu
9 per 10 rezeki adalah dalam perniagaan, bahagian yang berbaki adalah pada pengembalaan kambing.
Sahabat Perawi
- Nu'aim bin Abd al-Rahman al-Azdi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis no. 3194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن نعيم بن عبد الرحمن الأزدي يرفعه: ((تسعة أعشار الرزق في التجارة، والجزء الباقي في السابياء)). [أبو عبيد في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (3402)].
(Lemah) Daripada Nu'aim bin Abd al-Rahman al-Azdi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((9 per 10 rezeki adalah dalam perniagaan, bahagian yang berbaki adalah pada pengembalaan kambing)). [Riwayat Abu Ubaid dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3402].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman