72 Ciri menandakan hampirnya kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من اقتراب الساعة اثنتان وسبعون خصلة، إذا رأيتم الناس أماتوا الصلاة، وأضاعوا الأمانة، وأكلوا الربا، واستحلوا الكذب، واستخفوا الدماء، واستعلوا البناء، وباعوا الدين بالدنيا، وتقطعت الأرحام، ويكون الحكم ضعفا، والكذب صدقا، والحرير لباسا، وظهر الجور، وكثر الطلاق وموت الفجأة، وائتمن الخائن، وخون الأمين، وصدق الكاذب، وكذب الصادق، وكثر القذف، وكان المطر قيظا، والولد غيظا، وفاض اللئام فيضا، وغاض الكرام غيضا، وكان الأمراء فجرة، والوزراء كذبة، والأمناء خونة، والعرفاء ظلمة، والقراء فسقة، إذا لبسوا مسوك الضأن، قلوبهم أنتن من الجيفة وأمر من الصبر، يغشيهم الله فتنة يتهاوكون فيها تهاوك اليهود الظلمة، وتظهر الصفراء – يعني الدنانير – وتطلب البيضاء – يعني الدراهم – وتكثر الخطايا، وتغل الأمراء، وحليت المصاحف، وصورت المساجد، وطولت المنائر، وخربت القلوب، وشربت الخمور، وعطلت الحدود، وولدت الأمة ربتها، وترى الحفاة العراة، وقد صاروا ملوكا، وشاركت المراة زوجها في التجارة، وتشبه الرجال بالنساء، والنساء بالرجال، وحلف بالله من غير أن يستحلف، وشهد المرء من غير أن يستشهد، وسلم للمعرفة، وتفقه لغير الدين، وطلبت الدنيا بعمل الآخرة، واتخذ المغنم دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وكان زعيم القوم أرذلهم، وعق الرجل أباه، وجفا أمه، وبر صديقه، وأطاع زوجته، وعلت أصوات الفسقة في المساجد، واتخذت القينات والمعازف، وشربت الخمور في الطرق، واتخذ الظلم فخرا، وبيع الحكم، وكثرت الشرط، واتخذ القرآن مزامير، وجلود السباع صفافا، والمساجد طرقا، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليتقوا (كذا) عند ذلك ريحا حمراء، وخسفا ومسخا وآيات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1310 – 1311, hadis nombor 6692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه مرفوعا: من اقتراب الساعة اثنتان وسبعون خصلة، إذا رأيتم الناس أماتوا الصلاة، وأضاعوا الأمانة، وأكلوا الربا، واستحلوا الكذب، واستخفوا الدماء، واستعلوا البناء، وباعوا الدين بالدنيا، وتقطعت الأرحام، ويكون الحكم ضعفا، والكذب صدقا، والحرير لباسا، وظهر الجور، وكثر الطلاق وموت الفجأة، وائتمن الخائن، وخون الأمين، وصدق الكاذب، وكذب الصادق، وكثر القذف، وكان المطر قيظا، والولد غيظا، وفاض اللئام فيضا، وغاض الكرام غيضا، وكان الأمراء فجرة، والوزراء كذبة، والأمناء خونة، والعرفاء ظلمة، والقراء فسقة، إذا لبسوا مسوك الضأن، قلوبهم أنتن من الجيفة وأمر من الصبر، يغشيهم الله فتنة يتهاوكون فيها تهاوك اليهود الظلمة، وتظهر الصفراء – يعني الدنانير – وتطلب البيضاء – يعني الدراهم – وتكثر الخطايا، وتغل الأمراء، وحليت المصاحف، وصورت المساجد، وطولت المنائر، وخربت القلوب، وشربت الخمور، وعطلت الحدود، وولدت الأمة ربتها، وترى الحفاة العراة، وقد صاروا ملوكا، وشاركت المراة زوجها في التجارة، وتشبه الرجال بالنساء، والنساء بالرجال، وحلف بالله من غير أن يستحلف، وشهد المرء من غير أن يستشهد، وسلم للمعرفة، وتفقه لغير الدين، وطلبت الدنيا بعمل الآخرة، واتخذ المغنم دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وكان زعيم القوم أرذلهم، وعق الرجل أباه، وجفا أمه، وبر صديقه، وأطاع زوجته، وعلت أصوات الفسقة في المساجد، واتخذت القينات والمعازف، وشربت الخمور في الطرق، واتخذ الظلم فخرا، وبيع الحكم، وكثرت الشرط، واتخذ القرآن مزامير، وجلود السباع صفافا، والمساجد طرقا، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليتقوا (كذا) عند ذلك ريحا حمراء، وخسفا ومسخا وآيات.
[حل، ((الضعيفة)) (١١٧١)].

(Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 72 Ciri menandakan hampirnya kiamat, iaitu: Apabila kamu melihat orang ramai tidak melakukan solat, mereka mensia-siakan amanah, mereka makan riba, mereka halalkan pendustaan, mereka menganggap remeh terhadap pertumpahan darah, mereka berlumba-lumba meninggikan binaan, mereka menjual agama dengan dunia, memutuskan hubungan (persaudaraan), hukuman menjadi lemah, pendustaan dianggap kebenaran, sutera dijadikan pakaian, berleluasanya kezaliman, banyak berlaku penceraian dan kematian mengejut, orang yang khianat diberikan amanah, orang yang amanah dianggap khianat, pendusta dianggap orang yang benar, orang yang benar dianggap pendusta, banyak berlaku tuduhan zina, hujan menjadi panas terik, anak menjadi pemarah, orang jahat tersangat berleluasa, orang mulia sangat berkurangan, para pemimpin menjadi zalim, para menteri menjadi pendusta, orang-orang yang amanah menjadi pengkhianat, orang-orang baik menjadi zalim, para qurra’ (pembaca al-Qur’an) menjadi fasiq, mereka memakai kulit biri-biri, hati mereka lebih busuk berbanding bangkai, lebih pahit berbanding sabir (pokok yang airnya pahit). Allah tutupi mereka dengan fitnah hingga mereka menjadi bodoh seperti bodohnya Yahudi yang zalim, munculnya benda kuning – iaitu dinar emas –, dicarinya benda putih – iaitu dirham perak -, dosa menjadi banyak, para penguasa melakukan eksploitasi, Mushaf al-Qur’an dihiasai, masjid-masjid diletakkan gambar, menara-menara ditinggikan, rosaknya hati-hati mereka, arak-arak diminum, hukuman hudud dihapuskan, hamba perempuan melahirkan tuannya, kamu akan melihat orang yang berkaki ayam dan bertelanjang menjadi pemerintah, isteri berkongsi dengan suaminya dalam perniagaan, lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki, bersumpah menggunakan nama Allah tanpa diminta untuk bersumpah, seseorang menjadi saksi tanpa diminta untuk menjadi saksi, salam diberi kerana mengenali, didalami ilmu bukan untuk kepentingan agama, dunia dicari melalui amalan akhirat, harta rampasan perang dimonopoli, amanah dijadikan sebagai habuan, zakat dijadikan sebagai denda, orang yang menjadi ketua kepada satu-satu kaum adalah orang yang paling jahat dalam kalangan mereka, seseorang menderhakai ayahnya, mengasari ibunya, bersikap baik terhadap kawannya, mentaati isterinya, mengangkat suara kefasiqan dalam masjid-masjid, penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik digunakan, arak-arak diminum di jalanan, kezaliman dianggap sebagai kebanggaan, hukum boleh dijual beli, banyaknya petugas keamanan, al-Qur’an dijadikan sebagai nyanyian, kulit binatang buas dijadikan pilihan, masjid-masjid hanya menjadi jalan-jalan (untuk dilalui sahaja), dan umat yang akhir melaknat umat yang terawal. Oleh itu, takutilah kamu perkara-perkara tersebut, saat itu akan datang angin merah atau tanah runtuh atau berubah wajah dan beberapa tanda lain.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1171].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.