TEKS BAHASA ARAB
ليدخلن بشفاعة عثمان بن عفان سبعون ألفا – كلهم قد استوجبوا النار – الجنة بغير حساب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
70000 orang, mereka telah diwajibkan masuk neraka, akan memasuki syurga tanpa hisab dengan syafaat ‘Uthman bin ‘Affan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis nombor 9351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ليدخُلنَّ بشفاعة عثمان بن عفان سبعون ألفا – كلهم قد استوجبوا النار – الجنة بغير حساب)). [ابن عساكر، ((الضعيفة))، (4371)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “70000 orang, mereka telah diwajibkan masuk neraka, akan memasuki syurga tanpa hisab dengan syafaat ‘Uthman bin ‘Affan”.
[Riwayat al-Fasawi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4371]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.