70,000 daripada umatku akan masuk syurga tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

سبعون ألفاً من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون، ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

70,000 daripada umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: Dan siapakah mereka itu? Baginda menjawab: Mereka ialah orang yang tidak berubat dengan besi panas, tidak menjampi, tidak meminta jampi, tidak menilik nasib menggunakan burung, dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka.

STATUS

Munkar dengan sebutan ‘dan tidak menjampi’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis nombor 10136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (ولا يرقون))
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: سبعون ألفاً من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون.
[المخلص في ((العاشر من حديثه))، ((الضعيفة)) (3690)]

(Munkar dengan sebutan ‘dan tidak menjampi’)
Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 70,000 daripada umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: Dan siapakah mereka itu? Baginda menjawab: Mereka ialah orang yang tidak berubat dengan besi panas, tidak menjampi, tidak meminta jampi, tidak menilik nasib menggunakan burung, dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka.
[Riwayat al-Mukhalliṣ dalam al-‘Āshir min Hadīthihi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs