70 ribu orang pasti akan masuk syurga tanpa hisab kerana syafaat 'Uthman

TEKS BAHASA ARAB

ليدخلن بشفاعة عثمان سبعون ألفا كلهم قد استوجبوا النار الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

70 ribu orang pasti akan masuk syurga tanpa hisab kerana syafaat ‘Uthman. Kesemua mereka asalnya telah dipastikan masuk neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 68, hadis nombor 380. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Tokoh yang mengeluarkan hadith tersebut berkata: Meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) adalah munkar. Ia suatu ungkapan yang ganjil lagi sial, sebabnya perkara ini tidak boleh diucapkan semata-mata melalui akal fikiran kerana ia perkara ghaib yang termasuk berita-berita tentang akhirat. Maka menganggap ia sabit secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) adalah termasuk suatu yang pelik, bahkan ia palsu dalam apa jua keadaan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.