70 ribu dalam kalangan umat Nabi Muhamad SAW akan masuk syurga tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

سبعون ألفا من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: "Siapakah mereka?,” Baginda menjawab: ‘Mereka adalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak menjampi dan tidak meminta untuk dijampi, tidak mempercayai sial dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan mereka.’

STATUS

Munkar dengan menyebutkan lafaz: ‘Mereka tidak menjampi’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis nombor 7472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (ولا يرقون)) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سبعون ألفا من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب))، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون)). [المخلص في ((العاشر من حديثه))، ((الضعيفة)) (3690)]

(Munkar dengan menyebutkan lafaz: ‘Mereka tidak menjampi’)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: "Siapakah mereka?,” Baginda menjawab: ‘Mereka adalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak menjampi dan tidak meminta untuk dijampi, tidak mempercayai sial dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan mereka’.
[Riwayat al-Mukhlis dalam al-'Asir Min Hadisihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs