Munkar dengan menyebutkan lafaz: ‘Mereka tidak menjampi’
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَبعونَ ألفًا من أمَّتي يدخُلونَ الجنَّةَ بغيرِ حِسابٍ، قالوا: ومَن هُم؟ قالَ: همُ الَّذينَ لا يَكتَوونَ، ولا يَرقونَ، ولا يَسترقونَ، ولا يتطيَّرونَ، وعلى ربِّهم يتوَكَّلونَ.
Teks Bahasa Melayu
70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: "Siapakah mereka?,” Baginda menjawab: ‘Mereka adalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak menjampi dan tidak meminta untuk dijampi, tidak mempercayai sial dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan mereka.’
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan menyebutkan lafaz: ‘Mereka tidak menjampi’
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis no. 7472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (ولا يرقون)) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سبعون ألفا من أمتي يدخلون الجنة بغير حساب))، قالوا: ومن هم؟ قال: هم الذين لا يكتوون، ولا يرقون، ولا يسترقون ولا يتطيرون، وعلى ربهم يتوكلون)). [المخلص في ((العاشر من حديثه))، ((الضعيفة)) (3690)]
(Munkar dengan menyebutkan lafaz: ‘Mereka tidak menjampi’) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: "Siapakah mereka?,” Baginda menjawab: ‘Mereka adalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak menjampi dan tidak meminta untuk dijampi, tidak mempercayai sial dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan mereka'. [Riwayat al-Mukhlis dalam al-'Asir Min Hadisihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3690]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman