60 ribu malaikat berselawat kepadanya ketika khatam al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ختم العبد القرآن صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu telah khatam al-Qur’an, maka ketika khatamnya itu, 60 ribu malaikat berselawat kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435, hadis nombor 7293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: إذا ختم العبد القرآن صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك.
[فر، ((الضعيفة)) (2550)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepda Nabi SAW): Apabila seseorang hamba itu telah khatam al-Qur’an, maka ketika khatamnya itu, 60 ribu malaikat berselawat kepadanya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.