40 orang daripada umatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يزال أربعون رجلا من أمتي، قلوبهم على قلب إبراهيم عليه السلام، يدفع الله بهم عن أهل الأرض، يقال لهم: الأبدال؛ إنهم لن يدركوها بصلاة ولا صوم ولا صدقة، قالوا: يا رسول الله، فبم أدركوها؟ قال: بالسخاء والنصيحة للمسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

40 orang daripada umatku, hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim AS, Allah menjaga penduduk bumi melalui mereka, mereka dikenali sebagai golongan Al-Abdal (Wali Abdal). Mereka tidak mencapai darjat ini dengan solat atau puasa mahupun sedekah. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka mencapainya?" Baginda menjawab: "Dengan sifat baik hati dan sentiasa menasihati orang-orang Islam."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1796, hadis nombor 9050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله: لا يزال أربعون رجلا من أمتي، قلوبهم على قلب إبراهيم -عليه السلام-، يدفع الله بهم عن أهل الأرض، يقال لهم: (الأبدال)، إنهم لن يدركوها بصلاة ولا صوم ولا صدقة. قالوا: يا رسول الله فيم أدركوها؟ قال: بالسخاء والنصيحة للمسلمين. [طب، حل، ((الضعيفة)) (1478)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "40 orang daripada umatku, hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim AS, Allah menjaga penduduk bumi melalui mereka, mereka dikenali sebagai golongan Al-Abdal (Wali Abdal). Mereka tidak mencapai darjat ini dengan solat atau puasa mahupun sedekah." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka mencapainya?" Baginda menjawab: "Dengan sifat baik hati dan sentiasa menasihati orang-orang Islam." [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliyya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1478]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.