Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَزالُ أَربَعونَ رَجلًا مِن أُمَّتي، قُلوبُهم عَلى قلْبِ إبراهيمَ عليهِ السَّلامُ، يَدفَعُ اللهُ بِهِم عنْ أهلِ الأَرضِ، يُقالُ لَهم: الأَبْدالُ؛ إنَّهم لَن يُدرِكوها بِصَلاةٍ وَلا صومٍ ولا صَدقةٍ، قالوا: يا رَسولَ اللهِ، فبِمَ أَدرَكوها؟ قال: بِالسَّخاءِ وَالنَّصيحةِ لِلمُسلِمينَ.
Teks Bahasa Melayu
40 orang daripada umatku, hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim AS, Allah menjaga penduduk bumi melalui mereka, mereka dikenali sebagai golongan Al-Abdal (Wali Abdal). Mereka tidak mencapai darjat ini dengan solat atau puasa mahupun sedekah. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka mencapainya?" Baginda menjawab: "Dengan sifat baik hati dan sentiasa menasihati orang-orang Islam."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1796, hadis no. 9050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله: لا يزال أربعون رجلا من أمتي، قلوبهم على قلب إبراهيم -عليه السلام-، يدفع الله بهم عن أهل الأرض، يقال لهم: (الأبدال)، إنهم لن يدركوها بصلاة ولا صوم ولا صدقة. قالوا: يا رسول الله فيم أدركوها؟ قال: بالسخاء والنصيحة للمسلمين. [طب، حل، ((الضعيفة)) (1478)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "40 orang daripada umatku, hati mereka seperti hati Nabi Ibrahim AS, Allah menjaga penduduk bumi melalui mereka, mereka dikenali sebagai golongan Al-Abdal (Wali Abdal). Mereka tidak mencapai darjat ini dengan solat atau puasa mahupun sedekah." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka mencapainya?" Baginda menjawab: "Dengan sifat baik hati dan sentiasa menasihati orang-orang Islam." [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah Al-Auliyya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1478]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman