Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْبَعُونَ خُلُقًا يُدْخِلُ اللهُ بها الجنةَ، أَرْفَعُها مِنْحَةُ شاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
40 akhlak yang menyebabkan Allah memasukkan seseorang dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah perbuatan memberi seekor kambing.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 142, hadis no. 714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَرْبَعُونَ خُلُقًا يُدْخِلُ اللَّهُ بِهَا الْجَنَّةَ، أَرْفَعُهَا مَنحَةُ شَاةٍ)). [طس، ((الضعيفة)) (7006)]
(Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: 40 akhlak yang menyebabkan Allah memasukkan seseorang dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah perbuatan memberi seekor kambing. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7006].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman