TEKS BAHASA ARAB
حديث : أربعة أبواب من أبواب الجنة مفتحة في الدنيا. أولها: الإسكندرية، وعسقلان، وقزوين، وفضل جدة على هؤلاء. كفضل بيت الله الحرام على سائر البيوت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : 4 buah pintu dari pintu-pintu syurga akan dibuka di dunia iaitu Alexandria, Ashkelon, Qazwin dan Jeddah. Kelebihan Jeddah ke atas semua tempat tadi adalah seperti kelebihan Baitullah al-Haram ke atas semua rumah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 429, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حِبَّانَ عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا، وَفِي إسناده: عبد الملك بن هرون وهوكذاب. قال في الميزان: والسند ظلمه إليه. فما أدري من افتعله.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ali secara marfu’. Dalam sanadnya ada Abdul Malik bin Harun, seorang pendusta. Dia berkata dalam al-Mizan. Sanad ini kelam, aku tidak mengetahui siapakah yang memalsukannya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.