Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث : أَرْبَعَةُ أَبْوَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ مُفَتَّحَةٌ فِي الدُّنْيَا. أَوَّلُهَا: الإِسْكَنْدَرِيَّةُ، وَعَسْقَلانُ، وَقَزْوِينُ، وَفَضَلُ جُدَّةَ عَلَى هَؤُلاءِ. كَفَضْلِ بَيْتِ اللَّهِ الْحَرَامِ عَلَى سَائِرِ الْبُيُوتِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : 4 buah pintu dari pintu-pintu syurga akan dibuka di dunia iaitu Alexandria, Ashkelon, Qazwin dan Jeddah. Kelebihan Jeddah ke atas semua tempat tadi adalah seperti kelebihan Baitullah al-Haram ke atas semua rumah.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 429, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حِبَّانَ عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا، وَفِي إسناده: عبد الملك بن هرون وهوكذاب. قال في الميزان: والسند ظلمه إليه. فما أدري من افتعله.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ali secara marfu’. Dalam sanadnya ada Abdul Malik bin Harun, seorang pendusta. Dia berkata dalam al-Mizan. Sanad ini kelam, aku tidak mengetahui siapakah yang memalsukannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman