4 bandar dari bandar-bandar syurga di dunia dan 4 bandar dari bandar-bandar neraka di dunia

TEKS BAHASA ARAB

حديث : أربعة مدائن من مدن الجنة في الدنيا: مكة والمدينة، وبيت المقدس، ودمشق، وأربع مدائن من مدن النار في الدنيا: القسطنطينية، وطبرية، وأنطاكية المحترقة، وصنعاء. وإن المياه العذبة، والرياح اللواقح، من تحت صخرة بيت المقدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : 4 bandar dari bandar-bandar syurga di dunia adalah : Mekah, Madinah, Baitul Maqdis dan Damsyik. 4 bandar dari bandar-bandar neraka di dunia adalah : Constantinople, Tiberias, Antakya yang terbakar dan San’aa. Air yang manis dan angin yang membawa benih itu daripada bawah batu Sakhrah di Baitul Maqdis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 428, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي: عن أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا، وَفِي إِسْنَادِهِ: الوليد بن محمد الموقري، وهو كذاب. قال ابن عدي: هذا منكر لا يرويه عن الزهري غير الموقري. وقد رواه أيضًا ابن عساكر من وجه آخر. قال عبد الله السقطي: ليس فيهما صنعاء اليمن، إنما هي صنعاء بأرض الروم. وذكر البلاذري: أن أنطاكية المحترقة بأرض الروم. أحرقها العباس ابن الوليد. انتهي. والحديث قد أورده ابن الجوزي في الموضوعات فأصاب.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’. Dalam sanadnya ada al-Walid bin Muhammad al-Muqiri, seorang pendusta. Ibn Adi berkata: Ini adalah munkar, tidak diriwayatkan daripada al-Zuhri kecuali dari al-Muqiri. Diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir melalui jalur yang lain. Abdullah al-Saqati berkata: Tidak ada pada keduanya Sanaa di Yaman, tetapi ia adalah Sanaa di Rom.
Al-Balazari berkata: Antakya yang terbakar itu adalah di bumi Rom. Dibakar oleh al-Abbas bin al-Walid. Hadis ini juga dinukilkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat dan ia adalah betul.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs