Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَزَلَتْ في عَلِيِّ ثلاثُ مِئَةِ آيةٍ.
Teks Bahasa Melayu
300 ayat al-Quran telah diturunkan kepada ‘Ali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis no. 9462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: ((نزلت في علي ثلاث مئة آية)). (ابن عساکر، ((الضعيفة)) (4929)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, berkata: “300 ayat al-Quran telah diturunkan kepada ‘Ali.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4929]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman