Lemah

30/06/2024

minit bacaan



3 sifat yang jika ada pada seseorang maka dia telah membersihkan dirinya dari sifat bakhil

Teks Bahasa Arab

ثَلاثٌ مَن كنَّ فيهِ وُقِيَ شُحَّ نفسِهِ: مَن أدَّى الزَّكاةَ، وقَرَى الضَّيفَ، وأعطَى في النَّائبةِ.

Teks Bahasa Melayu

3 sifat yang jika ada pada seseorang maka dia terselamat dari sifat bakhil: Orang yang menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang dalam kesusahan.

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Jariah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis no. 4441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن جارية -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من كن فيه وقي شح نفسه: من أدى الزكاة، وقرى الضيف، وأعطى في النائبة)). [طب، ((الضعيفة)) (1952)].

(Lemah) Daripada Zaid bin Jariah RA secara marfu’: “3 sifat yang jika ada pada seseorang maka dia terselamat dari sifat bakhil: Orang yang menunaikan zakat, memuliakan tetamu, dan membantu orang dalam kesusahan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1952].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.