3 orang bersedekah, nilai berbeza, peratusan yang sama, pahala yang sama

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة نفر، كان لأحدهم عشرة دنانير، فتصدق منها بدينار، وكان لآخر عشرة أواق، فتصدق منها بأوقية، وآخر كان له مئة أوقية، فتصدق بعشرة أواق، قال – صلى الله عليه وسلم -: هم في الأجر سواء. كل قد تصدق بعشر ماله. قال الله عز وجل: (لينفق ذو سعة من سعته) [الطلاق: 7].

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 orang, salah seorang dari mereka ada 10 dinar, lalu dia bersedekah dengan 1 dinar. Salah seorang yang lain dari mereka pula ada 10 uqiyah, lalu dia bersedekah dengan 1 uqiyah. Orang yang terakhir pula mempunyai 100 uqiyah dan bersedekah dengan 10 uqiyah. Nabi SAW bersabda: “Mereka mempunyai pahala yang sama. Mereka semua telah bersedekah dengan sepersepuluh harta mereka. Allah SWT berfirman: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.” [al-Talaq: 7]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877, hadis nombor 4493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة نفر، كان لأحدهم عشرة دنانير، فتصدق منها بدينار، وكان لآخر عشرة أواق، فتصدق منها بأوقية، وآخر كان له مئة أوقية، فتصدق بعشرة أواق، قال – صلى الله عليه وسلم -: هم في الأجر سواء. كل قد تصدق بعشر ماله. قال الله عز وجل: (لينفق ذو سعة من سعته) [الطلاق: 7])). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (3449)].

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Asyari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “3 orang, salah seorang dari mereka ada 10 dinar, lalu dia bersedekah dengan 1 dinar. Salah seorang yang lain dari mereka pula ada 10 uqiyah, lalu dia bersedekah dengan 1 uqiyah. Orang yang terakhir pula mempunyai 100 uqiyah dan bersedekah dengan 10 uqiyah. Nabi SAW bersabda: “Mereka mempunyai pahala yang sama. Mereka semua telah bersedekah dengan sepersepuluh harta mereka. Allah SWT berfirman: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.” [Al-Talaq: 7] [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3449].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs