3 jenis suara yang Allah sukai

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أصوات يحبها الله: صوت الملائكة، وصوت الذي يقرأ القرآن، وصوت المستغفرين بالأسحار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 jenis suara yang Allah sukai adalah: Suara malaikat, dan suara orang yang membaca Al-Quran dan suara orang-orang yang meminta pengampunan pada waktu pagi (sahur).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis nombor 7870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم محمد بنت سعد بن زيد بن ثابت، قالت: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((ثلاثةُ أصوات يحبُّها اللهُ: صوتُ الملائكةِ، وصوتًُ الذي يَقْرَأُ القرآن، وصوتُ المستغفرينَ بالأَسْحارِ)) [فر، ((الضعيفة)) (6326)]

(Palsu)
Daripada Ummu Muhammad Binti Sa’d Bin Zaid Bin Thabit, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “3 jenis suara yang Allah sukai adalah: Suara malaikat, dan suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang-orang yang meminta pengampunan pada waktu pagi (sahur).”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6326]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs