Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أصوات يحبُّها اللهُ: صوتُ الملائكةِ، وصوتًُ الذي يَقْرَأُ القرآن، وصوتُ المستغفرينَ بالأَسْحارِ.
Teks Bahasa Melayu
3 jenis suara yang Allah sukai adalah: Suara malaikat, dan suara orang yang membaca Al-Quran dan suara orang-orang yang meminta pengampunan pada waktu pagi (sahur).
Sahabat Perawi
- Ummu Muhammad Binti Sa’d Bin Zaid Bin Thabit
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis no. 7870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم محمد بنت سعد بن زيد بن ثابت، قالت: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((ثلاثةُ أصوات يحبُّها اللهُ: صوتُ الملائكةِ، وصوتًُ الذي يَقْرَأُ القرآن، وصوتُ المستغفرينَ بالأَسْحارِ)) [فر، ((الضعيفة)) (6326)]
(Palsu) Daripada Ummu Muhammad Binti Sa’d Bin Zaid Bin Thabit, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “3 jenis suara yang Allah sukai adalah: Suara malaikat, dan suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang-orang yang meminta pengampunan pada waktu pagi (sahur).” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6326]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman