3 golongan yang tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: ‌حر ‌باع حراً، وحر باع نفسه، ورجل أبطل كراء أجير حتى جف رشحه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 golongan yang tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat: “Seorang yang merdeka yang menjual seorang yang merdeka, seorang merdeka yang menjual dirinya, seorang yang membatalkan upah pekerjanya apabila kering peluhnya (iaitu pekerja tersebut) (yakni: apabila dia telah selesai melakukan kerjanya) .

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis nombor 3198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: ‌حر ‌باع حراً، وحر باع نفسه، ورجل أبطل كراء أجير حتى جف رشحه)). [الجرجاني في ((تاريخ جرجان))، ((الضعيفة)) (3452)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((3 golongan yang tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat: “Seorang yang merdeka yang menjual seorang yang merdeka, seorang merdeka yang menjual dirinya, seorang yang membatalkan upah pekerjanya apabila kering peluhnya (iaitu pekerja tersebut) (yakni: apabila dia telah selesai melakukan kerjanya) .))
[Riwayat al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3452].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs