3 golongan yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر، والمتسحر، وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض، والصائم حتى يفطر، والإمام العادل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 golongan yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum, orang yang berbuka puasa, berpuasa dan yang mempunyai tetamu. 3 golongan yang tidak akan dipersalahkan dengan akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga berbuka, pemimpin yang adil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر، والمتسحر، وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض، والصائم حتى يفطر، والإمام العادل)). [فر، ((الضعيفة)) (1980)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “3 golongan yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum, orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang menerima tetamu. 3 golongan yang tidak akan dipersalahkan (kerana) akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan pemimpin yang adil.”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1980].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.