3 golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, dan tidak akan dikenakan hisab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, dan tidak akan dikenakan hisab, dan berada di atas bukit pasir daripada kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab hamba: Seorang yang membaca al-Quran kerana Allah, lalu dia mengimamkan kaumnya dalam keadaan mereka redha. Juga seorang pendakwah yang menyeru untuk solat 5 waktu kerana Allah. Juga hamba yang memperelokkan hubungan antara dia dan tuhannya, dan antara dia dan tuannya.

 

STATUS

Lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis nombor 4231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه)).
[تخ، طس، طص، أبو نعيم في ((أخباؤ أصبهان))، ((الضعيفة)) (6812)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 3 golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, dan tidak akan dikenakan hisab, dan berada di atas bukit pasir daripada kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab hamba: Seorang yang membaca al-Quran kerana Allah, lalu dia mengimamkan kaumnya dalam keadaan mereka redha. Juga seorang pendakwah yang menyeru untuk solat 5 waktu kerana Allah. Juga hamba yang memperelokkan hubungan antara dia dan tuhannya, dan antara dia dan tuannya.
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6812]

 

 

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.