Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا يَهولُهمُ الفَزَعُ ، ولا يَنالُهمُ الحسابُ ، على كثيبٍ من مِسْكٍ حتى يفرغَ اللهُ من حسابِ العبادِ : رجلٌ قرأَ القرآنَ ابتغاءَ وجهِ اللهِ ، فأمَّ به قومًا وهو راضونَ عنهُ ، وداعيةٌ يدعو إلى الصلواتِ الخمسِ ابتغاءَ وجهِ اللهِ ، وعبدٌ أحسنَ ما بينَه وبينَ ربِّهِ ، وفيما بينَه وبينَ مواليهِ.
Teks Bahasa Melayu
3 golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, dan tidak akan dikenakan hisab, dan berada di atas bukit pasir daripada kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab hamba: Seorang yang membaca al-Quran kerana Allah, lalu dia mengimamkan kaumnya dalam keadaan mereka redha. Juga seorang pendakwah yang menyeru untuk solat 5 waktu kerana Allah. Juga hamba yang memperelokkan hubungan antara dia dan tuhannya, dan antara dia dan tuannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis no. 4231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه)). [تخ، طس، طص، أبو نعيم في ((أخباؤ أصبهان))، ((الضعيفة)) (6812)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 3 golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, dan tidak akan dikenakan hisab, dan berada di atas bukit pasir daripada kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab hamba: Seorang yang membaca al-Quran kerana Allah, lalu dia mengimamkan kaumnya dalam keadaan mereka redha. Juga seorang pendakwah yang menyeru untuk solat 5 waktu kerana Allah. Juga hamba yang memperelokkan hubungan antara dia dan tuhannya, dan antara dia dan tuannya. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6812]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman