Lemah

30/06/2024

minit bacaan



3 golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

ثلاثةٌ لا ينظرُ اللهُ إليهم يومَ القيامةِ : المَنَّانُ عَطاءَهُ، والمُسْبِلُ إزارَه خُيَلاءَ، ومُدْمِنُ الخمرِ.

Teks Bahasa Melayu

3 golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat: Orang yang mengungkit pemberiannya, lelaki yang melabuhkan kainnya demi menunjuk-nunjuk, serta orang yang ketagih arak.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 877, hadis no. 4494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم:((ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: المنان عطاءه، والمسبل إزاره خيلاء، ومدمن الخمر)). [طب، ((الضعيفة)) (3451)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “3 golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat: Orang yang mengungkit pemberiannya, lelaki yang melabuhkan kainnya demi menunjuk-nunjuk, serta orang yang ketagih arak.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3451].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.