Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ اللَّهُ: ثَلَاثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، [ومن كنت خصمه، خصمته]: رَجُلٌ أَعْطَى بِي ثُمَّ غَدَرَ، وَرَجُلٌ بَاعَ حُرًّا فَأَكَلَ ثَمَنَهُ، وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا، فَاسْتَوْفَى مِنْهُ، وَلَمْ يُعْطِ (وفي رواية: ولم يُوفه) أَجْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Allah berkata: 3 golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat, [Sesiapa yang memusuhiKu, aku akan memusuhinya]: Seorang lelaki yang memberikan sesuatu dengan menggunakan namaku kemudian dia mengkhianatinya, seorang lelaki yang menjual seorang yang merdeka dan memakan hasil jualan itu, seorang lelaki yang mengupah seseorang, lalu orang itu melaksanakan tugasnya, namun dia tidak memberikan (dalam riwayat: tidak menunaikan) upahnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 824, hadis no. 4235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((قال الله: ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة، [ومن كنت خصمه، خصمته]: رجل أعطى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يعط (وفي رواية: ولم يوفه) أجره)). [خ، ه، حم، حب، ابن الجارود، البغوي، الطحاوي في ((المشكل))، هق، ع، طص، ((الضعيفة)) (6763)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah berkata: 3 golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat, [Sesiapa yang memusuhiKu, Aku akan memusuhinya]: Seorang lelaki yang memberikan sesuatu dengan menggunakan namaku kemudian dia mengkhianatinya, seorang lelaki yang menjual seorang yang merdeka dan memakan hasil jualan itu, seorang lelaki yang mengupah seseorang, lalu orang itu melaksanakan tugasnya, namun dia tidak memberikan (dalam riwayat: tidak menunaikan) upahnya. [Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sahih Ibn Hibban, Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa, al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6763]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman