3 golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث يدخلون الجنة بغير حساب: رجل غسل ثيابه فلم يجد له خلفاً، ورجل لم ينصب على ‌مستوقده قدران، ورجل دعا بشراب فلم يقل له: أيهما تريد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

3 golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab: Seorang lelaki yang membasuh pakaiannya lalu dia tidak mempunyai ganti, seorang lelaki yang tidak ada di atas dapurnya dua periuk, dan seorang lelaki yang meminta minum air lalu tidak dikatakan kepadanya: Yang manakah yang engkau mahukan?.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis nombor 3195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((ثلاث يدخلون الجنة بغير حساب: رجل غسل ثيابه فلم يجد له خلفاً، ورجل لم ينصب على ‌مستوقده قدران، ورجل دعا بشراب فلم يقل له: أيهما تريد)). [فر، ((الضعيفة)) (3439)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((3 golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab: Seorang lelaki yang membasuh pakaiannya lalu dia tidak mempunyai ganti, seorang lelaki yang tidak ada di atas dapurnya dua periuk, dan seorang lelaki yang meminta minum air lalu tidak dikatakan kepadanya: Yang manakah yang engkau mahukan?.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3439].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs