Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ يَدخلونَ الجنةَ بغيرِ حسابٍ : رجلٌ غسل ثيابَه فلم يَجِدْ له خَلَفًا، ورجلٌ لم يُنصَبْ على مُسْتَوْقَدِه قِدرانِ، ورجلٌ دعا بشرابٍ فلم يُقَلْ له: أيَّهما تريدُ.
Teks Bahasa Melayu
3 golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab: Seorang lelaki yang membasuh pakaiannya lalu dia tidak mempunyai ganti, seorang lelaki yang tidak ada di atas dapurnya dua periuk, dan seorang lelaki yang meminta minum air lalu tidak dikatakan kepadanya: Yang manakah yang engkau mahukan?.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis no. 3195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((ثلاث يدخلون الجنة بغير حساب: رجل غسل ثيابه فلم يجد له خلفاً، ورجل لم ينصب على مستوقده قدران، ورجل دعا بشراب فلم يقل له: أيهما تريد)). [فر، ((الضعيفة)) (3439)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Sa'id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((3 golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab: Seorang lelaki yang membasuh pakaiannya lalu dia tidak mempunyai ganti, seorang lelaki yang tidak ada di atas dapurnya dua periuk, dan seorang lelaki yang meminta minum air lalu tidak dikatakan kepadanya: Yang manakah yang engkau mahukan?.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3439].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman