Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ يُظِلُّهم اللهُ يومَ لا ظِلَّ إلا ظِلُّهُ: التاجرُ الأمينُ، والإمامُ المُقْتَصِدُ، ورَاعِي الشمسِ بالنهارِ.
Teks Bahasa Melayu
3 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah: Peniaga yang amanah, pemimpin yang adil, orang yang menjaga matahari pada siang hari (iaitu Muazzin: tukang azan kerana mereka memerhatikan matahari bagi melihat waktu solat).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis no. 3199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((ثلاثة يظلهم الله يوم لا ظل إلا ظله: التاجر الأمين، والإمام المقتصد، وراعي الشمس بالنهار)). [فر، ((الضعيفة)) (3454)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((3 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah: Peniaga yang amanah, pemimpin yang adil, orang yang menjaga matahari pada siang hari (iaitu Muazzin: tukang azan kerana mereka memerhatikan matahari bagi melihat waktu solat).)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3454].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman