Dua rakaat solat Duha menyamai pahala satu haji dan umrah yang diterima di sisi Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ركعتان من الضحى تعدلان ‌عند ‌الله ‌بحجة وعمرة متقبلتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat solat Duha menyamai pahala satu haji dan umrah yang diterima di sisi Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis nombor 3859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ركعتان من الضحى تعدلان ‌عند ‌الله ‌بحجة وعمرة متقبلتين)).
[فر، ((الضعيفة)) (5698)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat solat Duha menyamai pahala satu haji dan umrah yang diterima di sisi Allah.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5698]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.