Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَكعتانِ منَ الضُّحى تعدلانِ عندَ اللَّه بحجَّةٍ وعمرةٍ متقبَّلتينِ.
Teks Bahasa Melayu
2 rakaat solat Dhuha menyamai pahala satu haji dan umrah yang diterima di sisi Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis no. 3859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ركعتان من الضحى تعدلان عند الله بحجة وعمرة متقبلتين)). [فر، ((الضعيفة)) (5698)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 2 rakaat solat Dhuha menyamai pahala satu haji dan umrah yang diterima di sisi Allah SWT. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5698]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman