15 perkara yang dilakukan oleh umat menyebabkan bala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء: إذا كان المغنم دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وأطاع الرجل زوجته، وعق أمه، وبر صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيم القوم أرذلهم، وأكرم الرجل مخافة شره، وشربت الخمور، ولبس الحرير، واتخذت القينات والمعازف، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليترقبوا عند ذلك ريحا حمراء أو خسفا ومسخا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka terjadilah bala disebabkannya, iaitu: Apabila harta rampasan dimonopoli, amanah dijadikan sebagai habuan, zakat dijadikan sebagai denda, seorang lelaki mentaati isterinya, derhaka kepada ibunya, berbuat baik kepada temannya, bersikap kasar terhadap ayahnya, kuatnya suara-suara di masjid-masjid, yang menjadi ketua bagi suatu kaum adalah orang yang paling jahat dalam kalangan mereka, seseorang itu dimuliakan kerana takut akan kejahatannya, arak diminum, sutera dipakai (oleh lelaki), penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik digunakan, dan umat yang akhir melaknat umat yang terawal, maka tunggulah saat itu akan datang angin merah atau tanah runtuh dan makhluk menakutkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1307, hadis nombor 6678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، مرفوعا: إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء: إذا كان المغنم دولا، والأمانة مغنما، والزكاة مغرما، وأطاع الرجل زوجته، وعق أمه، وبر صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيم القوم أرذلهم، وأكرم الرجل مخافة شره، وشربت الخمور، ولبس الحرير، واتخذت القينات والمعازف، ولعن آخر هذه الأمة أولها، فليترقبوا عند ذلك ريحا حمراء أو خسفا ومسخا.
[ت، خط، ((الضعيفة)) (1170)].

(Sanadnya Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka terjadilah bala disebabkannya, iaitu: Apabila harta rampasan dimonopoli, amanah dijadikan sebagai habuan, zakat dijadikan sebagai denda, seorang lelaki mentaati isterinya, derhaka kepada ibunya, berbuat baik kepada temannya, bersikap kasar terhadap ayahnya, kuatnya suara-suara di masjid-masjid, yang menjadi ketua bagi suatu kaum adalah orang yang paling jahat dalam kalangan mereka, seseorang itu dimuliakan kerana takut akan kejahatannya, arak diminum, sutera dipakai (oleh lelaki), penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik digunakan, dan umat yang akhir melaknat umat yang terawal, maka tunggulah saat itu akan datang angin merah atau tanah runtuh dan makhluk menakutkan.
[Riwayat al-Tirmizi, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1170].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.