100 tahun akan datang, tidak akan lahir seorang pun yang Allah memerlukannya

TEKS BAHASA ARAB

 لاَ يُوْلَدُ بَعْدَ المِئَةِ مَوْلُوْدٌ وَلِلَّهِ فِيْهِ حَاجَةٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

100 tahun akan datang, tidak akan lahir seorang pun yang Allah memerlukannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis yang menyebut tentang celaan kepada anak-anak adalah palsu daripada awal sehingga akhirnya. Seperti hadis: …

… Hadis lain:
لاَ يُوْلَدُ بَعْدَ المِئَةِ مَوْلُوْدٌ وَلِلَّهِ فِيْهِ حَاجَةٌ
“100 tahun akan datang, tidak akan lahir seorang pun yang Allah memerlukannya.”
———————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh at-Tabrani di dalam al-Kabir (3/728). Rujuk: al-Maudhu’at oleh Ibnu Jauzi (3/463). Ibnu Jauzi menyebut: Imam Ahmad berkata hadis ini tidak sahih. Rujuk: Mujmak az-Zawaid (8/159), al-Lali’ al-Masnu’ah (2/389), Tanzih asy-Syariah (2/345) dan al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 510).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon