Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَشْرُ خِصَالٍ عَمِلَتْهَا قَوْمُ لُوطٍ بِهَا أُهْلِكُوا، وَتَزْيدُهَا أُمَّتِي بِخَلَّةٍ: إتْيَانُ الرِّجَالِ بَعْضِهِمْ بَعْضًا، وَرَمْيُهُم بِالْجَلَاهِقِ وَالخَذْفِ، وَلَعِبُهُمْ بِالْحَمَّامِ، وَضَرْبُ الدُّفُوفِ، وَشُرْبُ الْخُمُورِ، وَقَصُّ اللِّحْيَةِ، وَطُولُ الشَّارِبِ، وَالصَّفِيرُ، وَالتَّصْفِيقُ، وَلِبَاسُ الْحَرِيرِ، وَتَزِيدُهَا أُمَّتِي بِخَلَّةٍ: إتْيَانُ النِّسَاءِ بَعْضِهِنَّ بَعْضًا.
Teks Bahasa Melayu
10 perkara yang telah dilakukan oleh kaum Lut yang menyebabkan mereka binasa dan umatku menambahnya dengan satu perkara lain iaitu melakukan hubungan sesama lelaki, melemparkan peluru dan lastik, mereka bermain dengan burung merpati, memukul kompang, meminum arak, memotong janggut, memanjangkan misai, bersiul, menepuk tangan, dan memakai sutera. Umatku pula menambah satu lagi perkara iaitu melakukan hubungan sesama wanita.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309, hadis no. 6689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada al-Hasan RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): 10 perkara yang telah dilakukan oleh kaum Lut yang menyebabkan mereka binasa dan umatku menambahnya dengan satu perkara lain iaitu melakukan hubungan sesama lelaki, melemparkan peluru dan lastik, mereka bermain dengan burung merpati, memukul kompang, meminum arak, memotong janggut, memanjangkan misai, bersiul, menepuk tangan dan memakai sutera. Umatku pula menambah satu lagi perkara iaitu melakukan hubungan sesama wanita. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1233].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman