10 perkara yang dilarang

TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عشر: الوشر والوشم والنتف وعن مكامعة الرجل الرجل بغير شعار ومكامعة المرأة المرأة بغير شعار وأن يجعل الرجل في أسفل ثيابه حريرا مثل الأعاجم وأن يجعل على منكبيه حريرا مثل الأعاجم وعن النُّهْبى وركوب النمور، ولبس الخاتم؛ إلا لذي سلطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah melarang sepuluh perkara: Mengikir gigi, membuat tatu, mencukur kening, lelaki tidur bersama lelaki dalam satu selimut tanpa pembatas, wanita tidur bersama wanita dalam satu selimut tanpa pembatas, lelaki yang menjadikan sutera di hujung pakaiannya seperti orang bukan arab, menjadikan di atas kedua bahunya sutera seperti orang bukan arab, merampas harta orang, menunggang harimau-harimau (atau duduk di atas pelapik yang diperbuat daripada kulit harimau), dan memakai cincin, melainkan orang yang memiliki takhta

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650, hadis nombor 8339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ريحانة -رضي الله عنه-، قال: ((نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عشر: الوشر والوشم والنتف وعن مكامعة الرجل الرجل بغير شعار ومكامعة المرأة المرأة بغير شعار وأن يجعل الرجل في أسفل ثيابه حريرا مثل الأعاجم وأن يجعل على منكبيه حريرا مثل الأعاجم وعن النُّهْبى و ركوب النمور، ولبس الخاتم؛ إلا لذي سلطان)). [د، ن، هق، حم، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6539)].

(Lemah)
Daripada Abi Raihanah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah melarang sepuluh perkara: Mengikir gigi, membuat tatu, mencukur kening, lelaki tidur bersama lelaki dalam satu selimut tanpa pembatas, wanita tidur bersama wanita dalam satu selimut tanpa pembatas, lelaki yang menjadikan sutera di hujung pakaiannya seperti orang bukan arab, menjadikan di atas kedua bahunya sutera seperti orang bukan arab, merampas harta orang, menunggang harimau-harimau (atau duduk di atas pelapik yang diperbuat daripada kulit harimau), dan memakai cincin, melainkan orang yang memiliki takhta.
[Riwayat Abu Daud dalam sunannya, al-Nasa'i dalam sunannya, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad di dalam musnadnya, dan Ibn Abd al-Bar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6539].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs