10 perkara yang diharuskan kepada orang Islam ketika berperang

TEKS BAHASA ARAB

عشر مباح للمسلمين في مغازيهم: العسل والماء والتراب والخل والملح والحجر والعود ما لم ينحت والجلد الطري والطعام يخرج به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

10 perkara yang diharuskan kepada orang ketika berperang: madu, air, tanah, cuka, garam, minyak, batu, kayu selama mana ia tidak dipahat, kulit yang lembut dan makanan yang keluar daripadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis nombor 5209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال: قال رسول الله ﷺ يوم حنين بالجعرانة: عشر مباح للمسلمين في مغازيهم: العسل، والماء والتراب والخل والملح والحج والعود ما لم ينحت والجلد الطري والطعام يخرج به. [ابن راهويه, الضعيفة (5481)]

(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda pada Perang Hunain di al-Ja’ranah: 10 perkara yang diharuskan kepada orang Islam ketika berperang: madu, air, tanah, cuka, garam, minyak, batu, kayu -selama mana tidak dipahat-, kulit yang lembut dan makanan yang keluar daripadanya. [Ibn Rahuyah, al-Dhai’fah no. 5481].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs