Palsu

30/06/2024

minit bacaan



10 perkara ini diharuskan dalam peperangan

Teks Bahasa Arab

عشرٌ مباحةٌ في الغزوِ: الطَّعامُ والأدمُ والثِّمارُ والشَّجرُ والحبلُ والزَّيتُ والحجَرُ والعودُ غيرُ مَنحوت والجلدُ الطَّريُّ.

Teks Bahasa Melayu

10 perkara yang diharuskan dalam peperangan: Makanan, kulit kering (haiwan), buah, pokok, tali, minyak, batu, kayu yang tidak diukir, dan kulit haiwan yang masih segar.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 981, hadis no. 5055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((عشرة ‌مباحة في الغزو: الطعام والأدم والثمار والشجر والحبل والزيت والحجر والعود غير منحوت والجلد الطري)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1231)]

(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 10 perkara yang diharuskan dalam peperangan: Makanan, kulit kering (haiwan), buah, pokok, tali, minyak, batu, kayu yang tidak diukir, dan kulit haiwan yang masih segar. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1231]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.