Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في السواكِ عَشْرُ خصالٍ: مَطْهَرةٌ للفَمِ، مَرْضَاةٌ للرَّبٌ، ومسْخَطةٌ للشَّيْطان، ومَحَبَّة للحَفَظَةِ، ويشدُّ اللِّثَةَ، ويُطيبُ الفَمَ، ويَقْطَعُ البَلْغَم، ويُطْفِىءُ المرَّة، ويجْلُو البَصَر، ويُوافِقَ السُّنَّة.
Teks Bahasa Melayu
10 kelebihan pada sugi (siwak); iaitu membersihkan mulut, mendapat keredhaan Rab, mendapat kemurkaan syaitan, mendapat kecintaan malaikat penjaga, menguatkan gusi, mewangikan mulut, menghilangkan kahak, memadamkan kepahitan, menjelaskan penglihatan, dan menepati sunnah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1206, hadis no. 6130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: في السواك عشر خصال: مطهرة للفم، مرضاة للرب، ومسخطة للشيطان، ومحبة للحفظة، ويشد اللثة، ويطيب الفم، ويقطع البلغم، ويطفىء المرة، ويجلو البصر، ويوافق السنة. [فر، ((الضعيفة)) (4016)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu': 10 kelebihan pada sugi (siwak); iaitu membersihkan mulut, mendapat keredhaan Rab, mendapat kemurkaan syaitan, mendapat kecintaan malaikat penjaga, menguatkan gusi, mewangikan mulut, menghilangkan kahak, memadamkan kepahitan, menjelaskan penglihatan, dan menepati sunnah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4016]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman